Salam 1 Malaysia, pada satu hari nak dijadikan cerita , lepas saya balik keje baru perasan dashboard Wira saya dah mengelupas , mungkin juga kesan akibat kereta berjemur di tengah panas kat tempat kerja atau mungkin juga kesan akibat pemanasan global.

Jadi saya pun cari la solution macamana nak selesaikan masalah ni, dashboard kete saya masih baru dan cantik cume tang depan tu aje yang mengelupas. Pada keesokan harinya saya pun pergi ke Proton Service Centre berhampiran dgn rumah saya, so technical advisor dia pun cakap benda ni biasa jadi, kalau nak repair boleh tapi kena tukar 1 set lapik cover dashboard tu, ikut warna asal la, kalau kelabu , kelabu la , kalau itam, itam la. Barang saja dia anggarkan RM600 belum termasuk upah, jadi kereta kena tinggal sehari dua, kalau nak buat, saya pun pikir2 kalau nak buat dlm sibu lah kena ada. Oleh kerana saya xde budget time tu saya pun pergi ke kedai Alat Ganti kereta yg berdekatan , tauke dia pun semak senarai harga , itu balang ampat latut lebey, kalau lu mau silakang boley oler. Empat ratus lebih pun membebankan juga, baik beli dashboard seken je kalau takat RM400 nak beli lapik je tak baloi ,Upah pasang lagi..
Fikiran semakin kusut , lalu saya pun meronda ke bengkel - bengkel yg berdekatan , semua tak mau buat repair atau gam benda tu, diaorg cakap baik tukar seken potong kereta punya.
Lalu saya bertekad untuk merepair sendiri aje benda ni , apa nak jadi , jadilah..
Saya pun pergi ke kedai hardware yg berdekatan untuk mencari gam yg sesuai , salesman dia rekemen gam 3M Super 77 Multi-Purpose Adhesive jenis spray, Made in USA, harga RM36.90.
saya pun beli la tanpa banyak cita.

Mula dgn step pertama menyapu Thinner dgn kain buruk ke kesan - kesan gam lama yg berbaki di tempat koyak tu. Lap sampai permukaan dalaman bersih dan kering.

Kemudian tampal masking tape dan kertas surat khabar ke tempat tidak berkenaan untuk mengelakkan spray gam tersembur ke tempat lain.

Spray Gam 3M tersebut ke permukaan dashboard dan kulit belah dalaman , biar 30 saat, dan spray lagi sekali sehingga nampak gam putih dan agak tebal. Biarkan dalam 1 minit , tarik kulit dashboard ke depan dan lekapkan dgn berhati - hati pastikan hujung kulit tersebut masuk ke dalam ruang kecil diantara lubang aircond hadapan cermin dan dashboard, sekiranya ia melekit, jolok je dgn screwdriver nipis ke dalam , asal masuk dan kemas, mungkin tempat tu cedera sikit kena screwdriver , jadi hati - hatilah.

Lepas berjaya memasukan lebihan kulit dashboard tu ke lubang nipis kat depan, ambil thinner dan kain buruk, lap kat atas - atas dashboard yg terkena semburan gam tadi, kang dah keras susah pulak nak tanggal. Gam ni kuat terasa dia melekat kuat diantara kulit dan badan dashboard. Tapi kalau korang lagi expert buka terus dahboard dan buat keje ni lagi mudah.com. Tak perlu susah2 jolok lebihan kulit tu ke dalam.
Akhirnya siap lah DIY merepair dashboard wira saya.
